Bagaimana nak mohon Program Subsidi Upah dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat? Kalau nak tahu baca sampai habis ye. Subsidi Upah adalah bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi setiap pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah untuk tempoh 3 bulan sahaja. Tujuan Program Subsidi Upah ialah untuk membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID-19 supaya dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan bagi semua perusahaan. Permohonan boleh dikemukakan oleh majikan mulai 1 April 2020 melalui laman web PERKESO. Dokumen yang diperlukan 1) Senarai nama pekerja 2) Maklumat akaun bank majikan (Muka depan Penyata Bank sahaja) 3) Maklumat Business Registration Number (BRN) yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun bank seperti di 2) di atas. Sila rujuk pihak bank 4) Salinan pendaftaran SSM / ROS / ROB / pihak berkuasa Perkhidmatan Profesional, Saintifik atau Teknikal / Lesen Perniagaan. 5) Akuan Pengisytiharan PSU50 6) Bukti sokongan adalah seperti penyata kewangan/laporan jualan yang telah disahkan oleh pihak pengurusan atau lain-lain dokumen pengisytiharan berkaitan. Klik untuk muat turun :
1. Akuan Pengisytiharan PSU50 2. Borang Senarai Pekerja 3. Soalan Lazim Program Subsidi Upah 4. Borang 'Business Registration Number (BRN)'
3 Comments
Harison binti Mohd Amin
2/4/2020 11:07:48 pm
My company wishes to apply for the covid19 insentive scheme
Reply
Harison bt Mohd Amin
23/4/2020 11:07:32 am
Wishes to apply for psu
Reply
Adilah
27/4/2020 02:00:59 pm
Salam Dr. Thank you for reaching us out. We will contact you shortly.
Reply
Leave a Reply. |