ALPHA REICH MANAGEMENT SERVICES
  • UTAMA
  • TENTANG KAMI
  • PERKHIDMATAN
    • CIDB
    • MOF
    • PROFIL SYARIKAT
    • KAD HIJAU
    • SETIAUSAHA SYARIKAT
    • DAFTAR / TUBUH SYARIKAT
    • Manual Pembayaran
  • HUBUNGI KAMI

        

Kemudahan Pembiayaan BNM bagi Membantu PKS Malaysia

17/4/2020

0 Comments

 
Picture
Sebelum ini saya ada berkongsi 10 pinjaman yang boleh anda mohon.
​Belum baca? Klik sini
Ada yang bertanya kepada saya apa itu SRF, AES, ADF, AF dan sebagainya.
Kali ini saya akan berkongsi dengan anda semua lebih lanjut mengenai pinjaman yang saya sebutkan di dalam post saya sebelum ini.
Sudah bersedia untuk membaca?
Jika ya, mari kita mulakan.

1. SRF
  • SRF atau Kemudahan Bantuan Khas COVID-19 ini bertujuan untuk memberikan sokongan aliran tunai segera dan disasarkan kepada PKS yang terjejas akibat wabak COVID-19 untuk meneruskan operasi perniagaan dan mengekalkan pekerjaan. 
  • Kemudahan ini khusus untuk modal kerja perniagaan sahaja. 
  • Tiada Cagaran
  • Kadar sehingga 3.50%
  • Jumlah maksimum RM1 Juta
  • Tempoh maksimum 5 setengah tahun termasuk 6 bulan penangguhan bayaran balik
  • Tempoh permohonan sehingga 31 Disember 2020

    Boleh klik sini untuk maklumat lanjut:
  • Maybank
  • CIMB
  • RHB Bank
  • Public Bank
  • Hong Leong Bank
  • AmBank
  • Alliance Bank
  • SME Bank
  • Agro Bank
  • UOB
Picture
2. ​AES
  • Kemudahan Semua Sektor Ekonomi atau AES bertujuan untuk meningkatkan akses kepada pembiayaan bagi PKS dalam semua sektor ekonomi. Ini terutamanya untuk PKS yang kurang mendapat akses kepada perkhidmatan kewangan, serta untuk menyokong pertumbuhan .
  • Kemudahan ini untuk perbelanjaan modal; atau/dan modal kerja perniagaan sahaja. 
  • Kadar sehingga 7%
  • Jumlah maksimum RM5 Juta
  • Tempoh maksimum 5  tahun.
​
Picture
3. AF
  • Kemudahan Agromakanan (Agrofood Facility, AF)
  • Agromakanan merujuk komoditi atau produk makanan yang berasaskan Tanaman (padi, sayur-sayuran dan buah-buahan), Ternakan (ayam, lembu/kerbau/kambing/bebiri dan tenusu), Perikanan .
  • Kemudahan ini untuk perbelanjaan modal; atau/dan modal kerja perniagaan dan pembangunan projek agromakanan sahaja. 
  • Kadar sehingga 3.75%
  • Jumlah maksimum RM5 Juta
  • Tempoh maksimum 8 tahun.
Antara bank yang anda boleh mohon:
  • Agro Bank 
  • BSN
  • Affin Bank​ 
Picture
Picture
4. ADF
  • Kemudahan Automasi dan Digital (Automation and Digitalisation Facility, ADF)
  • Menggalakkan PKS untuk mengautomasikan proses dan mendigitalkan operasi bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan
  • ADF boleh digunakan untuk membiayai pembelian kelengkapan, mesin, perkakasan dan perisian komputer, solusi dan perkhidmatan IT, perkhidmatan sokongan teknologi dan aset tak ketara lain bagi tujuan meningkatkan produktiviti dan kecekapan perniagaan. 
  • Kadar Sehingga 4%
  • Jumlah maksimum RM3 juta
  • Tempoh maksimum 10 tahun.
  • Tempoh permohonan sehingga 31 Disember 2020
​Antara bank yang boleh dimohon:
  • ​​Affin Bank​
Picture
5. MEF
  • Kemudahan Perusahaan Mikro (Micro Enterprise Facility, MEF)
  • Meningkatkan akses kepada pembiayaan bebas cagaran untuk perusahaan mikro.
  • Khusus buat Perusahaan mikro Malaysia 
  • Kemudahan ini untuk perbelanjaan modal; atau/dan modal kerja perniagaan sahaja. 
  • Kadar berdasarkan institusi kewangan peserta.
  • Setiap institusi kewangan peserta boleh membiayai RM50,000 bagi setiap perusahaan mikro.
  • Tempoh maksimum 5 tahun 
  • Tiada cagaran.
Picture
Untuk FAQ bagi kemudahan pembiayaan di atas, sila rujuk sini :
Soalan Lazim Tabung BNM untuk PKS COVID-19

Salurkan pertanyaan atau aduan kepada BNM melalui BNMTELELINK:
Pusat Perhubungan Pelanggan (BNMTELELINK)
Tel : 1-300-88-5465 (1-300-88-LINK) (Luar Negara: +603-2174-1717)
Borang web : eLINK (https://telelink.bnm.gov.my/)
​SMS : 15888 
Picture
Baca Juga:
PINJAMAN YANG BOLEH ANDA CUBA SEMASA COVID-19
SENARAI  BANTUAN UNTUK MERINGANKAN BEBAN SME
Ingin Memohon BSN Micro-i Kredit Prihatin ?
0 Comments



Leave a Reply.


    Like & Follow Kami


Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • UTAMA
  • TENTANG KAMI
  • PERKHIDMATAN
    • CIDB
    • MOF
    • PROFIL SYARIKAT
    • KAD HIJAU
    • SETIAUSAHA SYARIKAT
    • DAFTAR / TUBUH SYARIKAT
    • Manual Pembayaran
  • HUBUNGI KAMI