ALPHA REICH MANAGEMENT SERVICES
  • UTAMA
  • TENTANG KAMI
  • PERKHIDMATAN
    • CIDB
    • MOF
    • PROFIL SYARIKAT
    • KAD HIJAU
    • SETIAUSAHA SYARIKAT
    • DAFTAR / TUBUH SYARIKAT
    • Manual Pembayaran
  • HUBUNGI KAMI

        

PENTING KE DAFTAR SSM DAN ADA AKAUN SEMASA PERNIAGAAN?

5/5/2020

2 Comments

 
Picture
Adakah anda tahu bahawa anda sebagai peniaga online/offline perlu mendaftar perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)?
Sebenarnya memang banyak kelebihan kita daftarkan perniagaan, lebih-lebih lagi bagi yang memang minat atau serius berniaga walaupun secara kecil-kecilan.
Kalau nak ikutkan mungkin ramai yang rasa tak perlu daftar sebab berniaga kecil-kecilan je. Tapi, bila dah tahu kelebihannya, rupanya berbaloi mendaftar SSM ni sebenarnya.
Picture

KELEBIHAN DAFTAR SSM (SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA)

​Antara kelebihan mendaftarkan perniagaan kita di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ialah:

  1. LEBIH DIYAKINI
    Bila perniagaan kita didaftarkan dan dah ada nombor SSM, sedikit sebanyak dah tentu orang akan berasa lebih yakin untuk berurusan dengan kita.Bayangkan dengan macam-macam scam zaman sekarang ni, ramai pembeli dah lebih berhati-hati dan cuba pilih penjual yang boleh dipercayai.

  2. BOLEH BUKA AKAUN SEMASA
    Bila ada SSM, kita boleh apply untuk buka Akaun Semasa di bank. Senang kalau asingkan akaun perniagaan dengan akaun peribadi. Perbelanjaan pun lebih terurus dan tak adalah kita terguna duit tu nanti.
    Lagi satu, kadang-kadang kalau banyak sangat transaksi keluar masuk di akaun peribadi, akaun kita boleh dibekukan atau di block oleh pihak bank sebab disyaki menjalankan perniagaan menggunakan akaun peribadi.

  3. TERTAKLUK PADA UNDANG-UNDANG
    Yang paling penting, mendaftar SSM ni dapat menjadikan perniagaan kita sebagai sebuah entiti yang sah. Kalau ada apa-apa masalah semasa berurusan, kita pun ada dokumen untuk buat laporan atau buat tuntutan.
    Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 menyatakan sebarang perniagaan yang mendatangkan keuntungan mesti berdaftar dengan Suruhanjaya.

  4. MOTIVASI UNTUK DIRI SENDIRI
    Selain itu, mendaftarkan perniagaan ni secara tak langsung menjadikan kita lebih bersemangat untuk menguruskan perniagaan.
    Tambahan lagi, bila dah ada dokumen perniagaan yang sah, mudah untuk kita mohon dana atau geran untuk tujuan memajukan lagi perniagaan.
Ini antara dana dan geran yang boleh anda mohon:
1. SENARAI  BANTUAN UNTUK MERINGANKAN BEBAN SME
2. PINJAMAN YANG BOLEH ANDA CUBA SEMASA COVID-19
​
3. PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI:  PENGURANGAN SEWA PREMIS PERNIAGAAN
4. CARA MEMBUAT PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN  (GKP)
5. CARA PERMOHONAN ONLINE CBRM TEKUN NASIONAL
​
Semoga perkongsian kali ini bermanfaat.
Nak tahu lagi info terkini? Jangan lupa like Facebook Page kami.
2 Comments
Mohdkifli mohdradi
20/2/2021 11:53:29 pm

Li cawash @gimil

Reply
Mohdkiflimohdradi
21/2/2021 12:21:58 am

weewaksa79@gmail.com

Reply



Leave a Reply.


    Like & Follow Kami


Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • UTAMA
  • TENTANG KAMI
  • PERKHIDMATAN
    • CIDB
    • MOF
    • PROFIL SYARIKAT
    • KAD HIJAU
    • SETIAUSAHA SYARIKAT
    • DAFTAR / TUBUH SYARIKAT
    • Manual Pembayaran
  • HUBUNGI KAMI