Adakah penting dan perlu untuk membuat Penyata Kewangan atau kita panggil sebagai akaun ni? Nak tahu? Baca post ini sampai habis. Ramai yang tidak menyedari keperluan mempunyai akaun yang lengkap. Ada yang beranggapan akaun bank adalah akaun untuk menunjukkan kedudukan syarikat. Sangatlah salah dengan menganggap akaun bank dapat menunjukkan kedudukan kewangan yang sebenar. Mari kita huraikan sedikit apa yang ada dalam penyata kewangan. Kunci Kira Kira Tujuan Kunci Kira-Kira disediakan adalah untuk mengetahui kedudukan kewangan sesebuah perniagaan seperti jumlah aset, hutang dan modal bagi sesuatu tempoh perakaunan. Akaun Perdagangan, Untung & Rugi Melalui penyata untung rugi kita dapat mengenalpasti kedudukan semasa perniagaan kita dari segi perjalanan operasi. Ini bermakna melalui penyata ini kita boleh ketahui lebih tepat mengenai operasi syarikat sama ada menghasilkan keuntungan atau kerugian. Susut Nilai Tujuan susut nilai ini adalah untuk mengira dan mengetahui pengurangan nilai aset bukan semasa pada setiap tahun sepanjang tempoh usia guna. Elaun Modal Melalui elaun modal, kita dapat mengenalpasti potongan cukai yang dibenarkan bagi pembelian aset sebagai ganti susutnilai. Contoh aset yang di gunakan dalam perniagaan adalah kereta, mesin, alat pejabat, perabot dan lain-lain. Pengiraan Cukai Bagi pengiraan cukai, kita dapat mengenalpasti dan mengetahui jumlah cukai yang kena dibayar pada tahun tersebut. Apakah punca Akaun tidak dapat disediakan dengan tepat?
Apakah kelebihan penyata kewangan atau akaun?Bagi usahawan dan juga pemilik bisnes untuk berjaya dalam perniagaan, penyediaan akaun yang baik dan tersusun amatlah digalakkan. Kelebihan dalam menyediakan akaun antaranya ialah:-
Masih kurang faham? Nak tahu lebih lanjut dan dapatkan KONSULTASI PERCUMA dengan kami?
Book appointment dengan kami, tekan sini
0 Comments
Leave a Reply. |