ALPHA REICH MANAGEMENT SERVICES
  • UTAMA
  • TENTANG KAMI
  • PERKHIDMATAN
    • CIDB
    • MOF
    • PROFIL SYARIKAT
    • KAD HIJAU
    • SETIAUSAHA SYARIKAT
    • DAFTAR / TUBUH SYARIKAT
    • Manual Pembayaran
  • HUBUNGI KAMI

Perkhidmatan Percukaian

PERCUKAIAN

Setiap syarikat mempunyai tanggungjawab untuk sentiasa mengemaskini Penyata Akaun Kewangan. Borang Penyata Cukai adalah dokumen yang diperlukan oleh setiap perniagaan iaitu pembayar cukai untuk diserahkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN). Kami menawarkan perkhidmatan seperti memberikan khidmat nasihat perancangan cukai dan pengisytiharaan cukai untuk pelbagai jenis perniagaan dan individu dalam memaksimakan keuntungan perniagaan dan meminimumkan kesan cukai.

Dokumen yang Diperlukan:

  • Salinan kad pengenalan pemilik syarikat (seperti dalam SSM)
  • Sijil SSM
  • Penyata bank
  • Dokumen lain ( Rujuk jadual dibawah)
Bil
Jenis Potongan
Dokumen yang diperlukan
1
Individu dan saudara tanggungan
Salinan Kad pengenalan
2
Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa (Keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan)
ATAU
Ibu dan Bapa
Terhad 1,500 bagi hanya seorang ibu
Terhad 1,500 bagi hanya seorang bapa
Salinan Kad Pengenalan Ibu Bapa
​*60 Tahun Ke Atas Sahaja.
3
​Peralatan sokongan asas (untuk kegunaan individu kurang upaya, suami / isteri, anak atau ibu bapa yang kurang upaya)
Resit Belian
4
Individu kurang upaya
Kad OKU
5
​Yuran pengajian (Sendiri) :
(i) Peringkat selain sarjana dan doktor falsafah - bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi;
(ii) Peringkat sarjana dan doktor falsafah - sebarang bidang atau kursus pengajian
Surat Tawaran Belajar
6
​Perbelanjaan perubatan bagi penyakit serius (Diri sendiri atau suami / isteri atau anak-anak)
Resit
7
​Pemeriksaan perubatan penuh (Diri sendiri, suami / isteri atau anak). (Terhad 500)
Resit
8
​Gaya hidup - Perbelanjaan untuk kegunaan / manfaat diri sendiri, suami / isteri atau anak bagi:
(i) Pembelian buku, jurnal, majalah, surat khabar bercetak dan lain-lain penerbitan seumpamanya (Bukan bahan bacaan terlarang);
(ii) Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet (Bukan untuk kegunaan perniagaan);
(iii) Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian gimnasium; dan
(iv) Bayaran bil bulanan untuk langganan internet (Atas nama sendiri)
Resit Pembelian
9
​Pembelian peralatan penyusuan ibu untuk kegunaan sendiri bagi anak berumur 2 tahun dan kebawah (Potongan dibenarkan sekali setiap DUA (2) tahun taksiran)
Resit Pembelian
10
Yuran penghantaran anak berumur 6 tahun dan ke bawah ke taman asuhan kanak-kanak / tadika yang berdaftar
Resit Bayaran
11
​Tabungan bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) 
Penyata SSPN
12
Suami / Isteri / Bayaran alimoni kepada bekas isteri
Salinan Kad Pengenalan
13
Suami / Isteri kurang upaya
Kad OKU
14
Anak yang belum berkahwin dan berumur di bawah 18 tahun
Salinan Kad Pengenalan
15
Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah)
Salinan Kad Pengenalan, Surat Tawaran Belajar
16
​Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
(i) mengikuti pengajian tinggi sepenuh masa (Tidak termasuk kursus matrikulasi / pra-ijazah / A-Level) di universiti, kolej atau institu pelajaran yang serupa dengannya di Malaysia; atau
(ii) berkhidmat di bawah satu ikatanartikel atau indentur untuk memperoleh kelayakan perdagangan atau profesion di Malaysia; ataumengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.
(iii) kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.
​Salinan Kad Pengenalan, Surat Tawaran Belajar
17
Anak Kurang upaya

​Pelepasan tambahan sebanyak RM8,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.

Kad OKU
18
​Insuran nyawa dan KWSP TERMASUK tidak melalui potongan gaji
Penyata KWSP, Resit Pembayaran Insurans atau Polisi Insurans
19
Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) - berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2021.
Penyata Bayaran
20
​Insurans pendidikan dan perubatan TERMASUK tidak melalui potongan gaji
Resit Pembayaran Insurans atau Polisi Insurans
21
Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
Penyata PERKESO
Picture
Picture

Jenis Borang Cukai:

1. Borang E                     
Setiap majikan dikehendaki memfailkan Borang E selewat-lewatnya 31hb Mac setiap tahun. Kami menyediakan khidmat nasihat dalam penyediaan senarai gaji pekerja untuk semakan LHDN berserta khidmat nasihat pembayaran Potongan Cukai Berjadual (PCB).

         
Tarikh akhir: 31 Mac setiap tahun.


2. Borang BE
Setiap individu yang bekerja dan tidak menjalankan perniagaan dikehendaki memfailkan Borang BE selewat-lewatnya 30hb April setiap tahun. Kami menyediakan khidmat nasihat dalam pengisian borang ini dan membantu anda dalam mendapatkan pelepasan-pelepasan individu yang dibenarkan oleh LHDN semaksimum mungkin.

Tarikh akhir: 30 April setiap tahun

​3.Borang B 
Setiap individu yang berniaga iaitu peniaga tunggal dikehendaki memfailkan Borang B selewat-lewatnya 30hb Jun setiap tahun. Oleh itu, adalah dinasihatkan anda menyediakan penyata perakaunan yang lengkap. Kami sedia membantu dalam penyediaan penyata kewangan ini serta perkhidmatan nasihat yang berkaitan.

Tarikh akhir: 30 Jun setiap tahun

​4.Borang P
Setiap individu yang berniaga iaitu perkongsian dikehendaki memfailkan Borang B dan Borang P selewat-lewatnya 30hb Jun setiap tahun. Oleh itu, adalah dinasihatkan anda menyediakan penyata perakaunan yang lengkap. Kami sedia membantu dalam penyediaan penyata kewangan ini serta perkhidmatan nasihat yang berkaitan.

Tarikh akhir: 30 Jun setiap tahun

5.Borang C
Setiap syarikat Sdn. Bhd. dikehendaki memfailkan Borang C dalam tempoh selewat-lewatnya 7 bulan dari tarikh tutup akaun setiap tahun. Pemfailan borang ini memerlukan penyediaan akaun beraudit yang lengkap. Kami sedia membantu selain memberi khidmat nasihat yang berkaitan.

Tarikh akhir: Tidak lebih dari 7 bulan selepas Tahun Berakhir

Bayaran/Caj:

Perkhidmatan
Jualan ​ (RM)
Bayaran (RM)
Borang E
-
300
Borang BE
-
300
Borang B
1-100, 000                                       
100, 001- 299, 999                                
300, 000 - 499, 999                                
500, 000 - 699, 999                              
700, 000 - 999, 999                          
1,000,000 - 1, 999,999​
2,000,000 - 3, 000,000​
150.00
200.00
260.00
300.00
350.00
350.00
​400.00
Borang C
1-150, 000                                       
150, 001-250, 000                                
250, 001-300, 000                                
300, 001-999, 999                              
1,000, 000-2,000, 000                          
2,000, 001-3,000, 000                          
​3,000, 001-5,000, 000 
​
​300.00
500.00
700.00
1000.00
1300.00
1700.00
​2300.00
​
Borang P
-
300.00
Borang EA
-
30.00 seorang
Potongan Cukai Bulanan (PCB)
-
200.00
Picture

Nota:

  • Bayaran adalah tertakluk kepada perubahan disebabkan oleh beban kerja dan masa yang diperlukan dalam meyediakan kerja-kerja.
  • Bayaran adalah berdasarkan skop dan transaksi urusniaga.
  • Segala maklumat anda adalah RAHSIA dan TERPELIHARA.
  • Pembayaran perlu dilakukan sebelum pihak kami memulakan kerja.

HUBUNGI KAMI

Alamat:
Lot 3, Bangunan PKNP,
Kawasan Perindustrian Peramu,
26600 Pekan,
​Pahang Darul Makmur.

Waktu Operasi:
Isnin- Jumaat
8:30 Pagi - 5:30 Petang 
​
No Telefon:
011-3600 1099
Hubungi Kami
WhatsApp Kami
Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • UTAMA
  • TENTANG KAMI
  • PERKHIDMATAN
    • CIDB
    • MOF
    • PROFIL SYARIKAT
    • KAD HIJAU
    • SETIAUSAHA SYARIKAT
    • DAFTAR / TUBUH SYARIKAT
    • Manual Pembayaran
  • HUBUNGI KAMI